Saturday, June 21, 2014

Sacrifies

Salam 8 days to Ramdhan.
Barikillahhumalana fi syahri syaaban wabaligna Ramadhan

kalau nak cerita pasal pengorbanan dalam hidup kita pastinya parents yg akan menang sbb byk dah pengorbanan mereka untuk kita. Tengok lagi,buka lagi skop pandangan. Siapa yg dah banyak berkorban untuk kita?

Kekasih Allah yang satu. Rasululllah. Banyak dah baginda hadapi nak biar umat baginda ni rasa apa itu Islam. Berpegang kepda agama yg betul. Sentiasa pulang kepda Allah.  Besarnye pengorbanan baginda.

Setiap penorbanan tiada perlu dinukilkan di atas batu atau mana mana kertas kumal. Dalam pengorbanan perlunya satu perkara yang dipanggil KEIKHLASAN. Biar org yang kita sanggup utk korbankan hatta nyawa kita sendiri tidak tahu menahu pun janji Allah nampak apa kita cuba buat untuk orang kita sayang.

Tiada siapa minta sesiapa sacrifies untuk diri dia. Tiada siapa. Tanpa penghargaan dari manusia itu tidak mengapa. Manusia tak nampak tidak mengapa,Allah nampak. Insya Allah

Wednesday, June 11, 2014

Alfittnatu Assyaddu Minal Qatl

Salam dari negeri Uncle Ridzuan. ;p

'Mesti tak solat subuhkan pagi tadi?'
'Kau tak suka lah pergi sebenarnye?'

Kita rasa kita mcm main main tanpa kita sedari benda ini semua merupakan fitnah. Kalaulah org yg diajukan soalan itu adalah kita. Bayangkan perasaan ketika itu. Kita tahu benda ini cuma kita tak sedar sebenarnya kita penat dok canang kat semua org 2:119 tapi kita buat juga. Teringat time form 2 ni,Along suka ulang 2:119 ni. Terasa masa tu kalau dia tujukan dekat kita mcm sentap laa gak. Sebab kita ditegur dgn ayat dari Allah.

Alhamdulillah aku baru sedar sekarang. Aku pun suka tabur fitnah macam dekat atas tu. Itu sebab Allah suruh HusnulZon. Kalau takut sgt nak fitnah,tanya. Tapi,jangan sampai orang ditanya terasa hati. Dulu aku sll rasa org tabur fitnah dekat aku,tak apalah. Dia mcm tak effect individu lain. Semalam tu,terasa mcm ditarik segala kudrat bila fitnah tu mcm melibatkan org yg ada depan mata masa itu. Hanya Allah je paham perasaan aku masa itu. Biar diberi satu dunia mendengar cerita aku pasti hanya Allah je memahami.

Diam aku bukan kerana memboikot. Cuma hanya tidak mahu memulakan unpleasant things. Benar, Nabi Muhammad pun mengampunkan umat baginda hatta besar mana salah umat baginda. Benar, Allah Maha Pengampun. Tapi aku hanya manusia yg mempunyai hati dan perasaan. Allah tahu hikmah di atas kejadian yg dah berlaku. Semua orang tahu itu semua. Anything happen for a reason. It should be. Tidak Allah menciptakan sesuatu untuk disiasiakan. Antara kita fikir time tu ayat Allah 'La Tahzan. Allahumaana' atau kita fikir 'Adilkah ini semua untuk diriku'.

Aku macam yg second je. Haha. Sama sama lah kita muhasabah sbb tiada manusia sempurna di dunia ini. Itu sebab Allah menciptakan kita berbeza beza. Untuk saling melengkapi. Insya Allah. Untuk diri aku sendiri dan pastinye seluruh umat Islam.